Pages

Followers

Wednesday, February 16, 2011

Bini Aku Tomboy Ke?

Sinopsis

Seorang Hawa yang berperwatakan seperti Adam, mencari erti sebenar fitrah semula jadinya. Sofi Zarill Muhammad yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Zack dan berpenampilan seperti lelaki: rambut pendek, cap, t-shirt dan seluar jean.
Perjalanan hidupnya bermula apabila dia ketandusan seorang diri di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Nasibnya baik apabila bertemu dengan Abang Din, pelayan di sebuah kedai makan yang sudi membantunya sementara mendapatkan bantuan. Menumpang sementara di rumah Abang Din di “Sting Garden” (setinggan) membuahkan suatu perasaan yang selama ini tidak pernah terdetik di hatinya tatkala dia bersama kaum Adam. Bagaikan ada arus eletrik yang menjalar di segenap urat sarafnya tatkala berdekatan dengan Abang Din. Malah, Abang Din turut sama merasainya, hingga menimbulkan kekeliruan di hati lelaki itu. “Ish, takkan aku ni gay kut?”
Pulang semula ke pangkuan keluarga dan menguruskan butik sendiri, membuahkan rindu dendam yang tidak tertanggung terhadap Abang Din, hinggakan Azim disangkakan Abang Din. Zack mula keliru dengan pendiriannya sebagai seorang yang macho. “Aku ni dah jatuh cinta ke?”
Bimbangkan perlakuannya yang agak kelelakian itu, membuatkan mama Zack (Datin Mas @ Datin Gold) ingin menjodohkan Zack dengan Azim, teman sepermainannya sedari kecil lagi. Namun Azim dipandang tak ubah seperti sahabat karibnya dan tiada langsung sebarang “feeling” terhadap Azim. Tambahan pula Azim adalah playboy tersohor dengan ayat-ayat jiwanya yang mampu mencairkan hati setiap wanita, kecuali Zack. “Aku dengan kau, Zack? No way, beb!”
Payah ni! Tomboy dan playboy…. Bagaimanakah kesudahan perjalanan hidup Zack? Dapatkah dia mencari fitrah semula jadinya? Dapatkah dia melepaskan rindu dendamnya pada Abang Din? Bagaimana pula dengan Abang Din? Sampai bila dia dikepung dengan kekeliruan? Azim pula? Sampai bila dia akan menjadi playboy tersohor?
Segala persoalan bisa terjawab di dalam… BINI AKU NI TOMBOY KE?

Sepupuku Suamiku


Sinopsis

Siapa kata kahwin dengan sepupu sendiri tak boleh bahagia? Kalau dah cinta, anjing dan kucing pun boleh hidup bersama. Nana dan hisyam telah membuktikannya. Walaupun perkahwinan mereka hanya kerana ingin menjaga maruah keluarga, tetapi meraka masih mampu hidup bahagia. Cinta yang disemai semakin hari semakin segar mewangi.

Tetapi entah di mana silapnya, badai tak henti-henti melanda. Satu per satu dugaan mendatang hingga merobek tangkai hati mereka.

Si kekasih datang menuntut janji. Nana tidak dapat bertahan. Andai perpisahan sudah ditakdirkan buat mereka, dia pasrah.

Bagi Hisyam pula, andai bercerai badan sekalipun cintanya tetap utuh buat Nana. Tiada cinta lain baginya. Hani hanya perosak. Johan hanya datang menganggu. Tidak goyah walaupun sedikit pun cintanya buat si isteri.

Ketaasuban cinta hani pada Hisyam tak dapat disangkal. Pelbagai cara dilakukan agar Hisyam kembali semula padanya. Makin kuat Hisyam menolak, Makin kuat dia menarik. Demi cinta, andai terkorban diri sekalipun dia sanggup.

Johan juga begitu. Dalam hatinya hanya ada Nana. Selagi Nana tidak menjadi miliknya, selahi itulah dia akan terus berusaha.

"Abang, hati nana hanya ada satu. Sekali Nana jatuh cinta, untuk selamanya hati Nana kat orang tu. Nana harap abang mengerti"

Mampukah mereka menepis segala rintangan yang mendatang?
Mampukah mereka membina impian seperti yang diangankan? Berpeganglah pada janji Tuhan dan percayalah pada kuasa cinta.

Andai kau tercipta untukku, kita tetap akan bersatu walaupun terpisah seribu tahun.

Drama Slot Telenovela TV3


Sinopsis Mari Mar

Mari Mar telenovela akan datang ke tv3, sebuah remake dari telenovela popular Latin tahun 90-an yang dibintangi Thalia. Ini yang versi Filipina pulak. Mari Mar akan mula tayang pada 9 Feb 2011,3 ptg, Isnin -- Khamis kalau tak silap saya. Peminat peminat telenovela..melekat depan tv le nanti hehe!! Barisan pelakon dalam Mari Mar ialah Marian Rivera sebagai Mari Mar Perez/Bella Aldama dan hero
Dingdong Dantes sebagai Sergio Santibanez. Marian Rivera bintang Filipina yang seksi meksi ni berumur 27 tahun, seorang pelakon, penyanyi dan penari.



Salah satu gambar Marian Rivera

Lupita berkahwin dengan Gustavo dan melahirkan anak perempuan, tapi mak mertua si Lupita ni tak suka kat dia, jadi mak mertua dia ni punupah le seorang lelaki untuk jadi “kekasih ” Lupita sebab nak putuskan hubungan dengan Gustavo. Rancangan mak mertua dia berjaya apabila Gustavo percaya bini dia ni curang. Lalu Lupito dan anak perempuannya dihalau keluar.

Akhirnya Gustavo sedar ibunya yang merancang semua tu, tapi keadaan dah terlambat apabila Lupita dan anak mereka Marimar tak dapat dijejaki. Ok dah tau Marimar nama anak perempua Lupita ni le jadi tajuk telenovela ni…ahak!!
gustavo ni pun merajok le sebab ibunya dah tipu dia, lalu dia pun pergi membawa hati yang lara dan kecewa selama tujuh tahun…gedebuk..gedebak..dah tujuh tahu..mak Gustavo pun meninggal le..dia wariskan harta yang banyak…apa lagi Gustavo pun kaya le..heheh!! Tup tup Gustavo terjumpa pulak kawan dia bernama Silva yang memberitahu hal Lupita dan Marimar, Gustavo pun berjaya le bertemu semula isteri dan anaknye. Lupita pun dah maafkan Gustavo. Insiden tak diingini berlaku, Lupita telah terlibat dalam kemalangan kapal terbang, pesawat jatuh ke laut, Lupita meninggal, manakala Marimar pulak hilang.

Marimar ni akhirnya dijumpai oleh Cruz dan Pancho, ketika dia terdampar di sebuah pulau, Marimar ni pulak hilang ingatan akibat kemalangan, dia tak ingat apa dah jadi kat dia. Marimar dibesarkan oleh Cruz dan Panco dia bertukar menjadi perempuan yang cantik jelita dan naif, seksi ..hehehe!! main kat pulau kan seksi le.
Marimar ni pulak berkahwin le dengan Sergio dan dia tinggal dengan mak muda ayah Sergio, Mak muda ni namanya Angelika yang jahat suka seksa Marimar…pulak dahhh!! Sergio hilang entah ke mana, dan Sergio tak tau Marimar ni mengandung…adui panjang berjela haih cerita heheh!!

Marimar pun lari le dari Angelika sebab mak muda tu nak bunuh dia. Marimar bekerja sebagai pelayan satu tempat ni, dia tak tau tempat tu kepunyaan bapa kandungnya yang terpisah masa kemalangan dulu..last last bapa dia tau jugak le Marimar ni anak dia. Lepas tu Gustavo pun meninggal, dia telah serahkan harta kepada Marimar. Marimar telah bertukar nama kepada Bella Aldama.
adakah Sergio dapat mencari Marimar dan anak mereka…
Saksikan Mari Mar di Slot Telenovela Tv3

Tuesday, February 15, 2011

Drama Slot Lestari TV3



Sinopsis Hani

Drama Hani adalah drama terbaru yang bakal menyusul selepas tamatnya drama Asmara di Slot Lestari tv3.

PETALING JAYA: Selepas drama bersiri berjudul Asmara tamat, siri baru menyusuli slotLestaryberjudul Hani.

Siri itu lakonan Nur Fathia, Ryzal Jaafar, Siti Fathiyah, Rozita Che Wan, Esma Daniel, Nurul Elfira Loy, Zarynn Min, Airis Yasmin dan Ngasrizal Ngasri akan bersiaran pada 7 Disember ini, pukul 9.00 malam.

Drama 13 episod terbitan Layar Consult Sdn Bhd diarahkan oleh Heykal Hanifah berdasarkan skrip oleh Zabidi Mohamed mengisahkan cabaran hidup seorang remaja yang menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak.

Sinopsis drama Hani di Slot lestari Tv3:

Ummu Hani lakonan Nur Fathia merupakan seorang pelajar Tingkatan Lima yang riang dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Salah satu babak dalam drama Hani yang dilakonkan Ryzal Jaafar

Hani menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di luar negara dan mahu menjadi seorang pensyarah.

Irfan lakonan Ryzal Jaafar pula seorang pelajar baru yang berpindah ke sekolah Hani selepas ayahnya, Dr. Adib ditugaskan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Irfan menjadi seorang yang pendiam dan gemar menyepikan diri selepas kematian abangnya akibat leukimia.

Kawan baik Hani, Aliah lakonan Siti Fathiyah dan Jalilah cuba mendampingi Irfan tetapi hanya mendapat layanan dingin. Hani mendapat tahu Irfan gemar membaca maka dia mula membaca novel kegemarannya bagi menarik perhatiannya.

Sikap optimis Hani telah mempengaruhi Irfan, dia telah berubah menjadi seorang yang lebih aktif. Hubungan mereka juga menjadi rapat dan Hani mula menyimpan perasaan terhadap Irfan dalam diam.

Hani yang selalu mengalami sakit kepala dan pening telah disahkan mempunyai ketumbuhan dalam otaknya sebelum menghadapi peperiksaaan SPM. Lebih menyedihkan, dia akan menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak bagi menyelamatkan nyawanya.

Hani tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan menjadi buta pada usia 17 tahun.

Baginya, berita tersebut umpama hukuman mati untuk mengejar cita-cita dan cintanya.

Emosi Ummu Hani tertekan selepas menjadi orang buta. Mariam lakonan pelakon jelita Rozita Che Wan dan Mokhtar iaitu Esma Daniel sekeluarga sering memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada Ummu Hani.

Dr. Adib tidak mahu Irfan mengabaikan pelajarannya hanya kerana terlalu ambil berat terhadap Ummu Hani. Dr Adib dan Shafinaz merancang Aliah mendekati Irfan.

Selepas keputusan SPM diumumkan, Irfan dan Aliah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Akhirnya, Irfan dan Aliah telah berkahwin dan kedua-duanya berjaya menjadi doktor.

Namun dapatkah Ummu Hani menerima hakikat bahawa kawan baiknya, Aliah telah menjadi suri hati Irfan?

Jangan lupa saksikan Drama Hani nanti yer!!!Mesti best ni:)